•  testing

  •  Majlis Sepakat @ Komuniti Daerah Penampang Tahun 2020
    Tarikh : 19 Ogos 2020
    Masa : 9.30 Pagi
    Tempat : Perkarangan Pejabat Daerah Penampang

  •  Perayaan Pesta Kaamatan Peringkat Daerah Penampang 2019
    Tarikh : 18/05/2019
    Tempat : Buhavan Square, Donggongon Penampang

PENGENALAN

PERUTUSAN


KOPIVOSIAN dan Selamat Datang kepada para pengunjung Laman Web Rasmi Pejabat Daerah Penampang, Sabah.

Terlebih dahulu , saya ini mengucapkan `Kotohuadan` atau terima kasih kerana anda sudi melayari laman web kami ini yang baru dapat diaktifkan semula setelah sekian lama tertangguh. Seperti yang kita ketahui, daerah Penampang mempunyai penduduk majmuk walaupun penduduk asalnya adalah kaum Kadazan.Dari segi pentadbiran, Penampang adalah kawasan Parlimen 174 yang mempunyai dua (2) kawasan Dewan Undangan Negeri iaitu N.25 Kapayan dan N.26 Moyog. (Dahulunya, Kapayan adalah N.19 dan Moyog adalah N.20).

Dalam pada itu, Pejabat Daerah Penampang adalah tunjang penyaluran setiap peruntukan Parlimen dan kedua-dua Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi permohonan peruntukan projek yang perlu dilaksanakan atau disalurkan kepada penduduk kampung di daerah Penampang. Untuk makluman, daerah Penampang mempunyai 46 Ketua Kampung, 05 Kapitan Cina dan 52 Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK). Oleh itu, saya menghargai setiap cadangan penambahbaikan demi pembangunan daerah Penampang serta keharmonian penduduk kampung tidak kira agama, darjat dan suku kaum di daerah ini.

Sebagai Urusetia Daerah, Pejabat Daerah Penampang berusaha membantu, mengurus dan melaksanakan apa jua tugasan disamping mempunyai pegawai dan kakitangan yang kurang daripada 30 orang sahaja. Justeru itu, saya berharap, laman web ini dapat membantu anda dalam merujuk dan memperolehi maklumat kerajaan demi kesejahteraan masyarakat di Daerah Penampang.

Sekian, terima kasih

TUAN HENRY IDOL
Pegawai Daerah Penampang




VISI,MISI,OBJEKTIF & FUNGSI

VISI, MISI,OBJEKTIF & FUNGSI

VISI

Pejabat Daerah Penampang
berhasrat menjadikan penampang sebuah daerah yang maju dan berdaya saing dalam aspek pembangunan, ekonomi, sosial dan politik dan penjagaan alam sekitar.

MISI

Misi Pejabat ini ialah
Menjadi Agensi Yang Utama

OBJEKTIF PEJABAT DAERAH PENAMPANG

Peranan dan objektif pejabat ini bolehlah diringkaskan seperti berikut :

1.Merancang, mentadbir dan melaksanakan dasar dan program pembangunan sosio-ekonomi di bandar dan luar bandar bersesuaian dengan kehendak-kehendak dasar Pembangunan Nasional.

2.Menyelaras segala aduan awam daripada rakyat, memberi khidmat nasihat dan perancangan serta penguatkuasa undang-undang terhadap rakyat.

3.Menyelaras pengawasan dan tindakan sesuai yang melibatkan kerja-kerja / tugas-tugas pelbagai Jabatan / Agensi Kerajaan di peringkat daerah.

4.Mengurangkan kadar rakyat termiskin daerah serta menyediakan prasarana yang sempurna serta mewujudkan masyarakat yang berdaya maju.

5.Mewujudkan suasana aman dan harmoni di kalangan anggota masyarakat dan memberi khidmat kehakiman perundangan serta berusaha meninggikan mutu perkhidmatan pejabat dan sebagai penghubung / penyambung lidah kerajaan di peringkat daerah.


FUNGSI

Pentadbiran di peringkat daerah adalah amat penting kerana ia merupakan pusat pentadbiran kerajaan di peringkat daerah dan menjadi tumpuan secara langsung bagi menyelesaikan masalah rakyat. Di sinilah kejayaan atau kegagalan dasar umum dan perancangan pembangunan kerajaan dapat dilihat dan di sini juga tempat bagi rakyat mengadili perhatian dan usaha-usaha sebenar kerajaan dalam memenuhi keperluan mereka. Dengan erti kata lain, di peringkat daerahlah imej kerajaan mula dibentuk dan dikembang. Selaku Urusetia di peringkat daerah, Pejabat Daerah Penampang adalah jentera utama kerajaan untuk memastikan dasar umumnya dan perancangan pembangunan dapat dicapai. Fungsi terpenting adalah seperti berikut :

-Perancangan utama pembangunan daerah.
-Pemimpin dan Ejen Perubahan di peringkat daerah.
-Penghubung dan Penyambung Lidah Kerajaan.
-Pendokong Sistem Pentadbiran yang cemerlang dan Pelapor Budaya Kerja yang positif di peringkat daerah.
-Pelaksanaan dasar-dasar umum kerajaan dari masa ke masa.

PIAGAM PELANGGAN PEJABAT DAERAH PENAMPANG

Kami komited memberikan perkhidmatan yang berkualiti, berdedikasi dan mesra dalam semua urusan di Pejabat Daerah.

1.Menyelaras Projek Kecil Luar Bandar dan mengeluarkan Perintah Kerja Am (GWO) / Pesanan Pembelian (LPO) dengan serta merta sebaik waran peruntukan diterima. Pemeriksaan sah siap projek dalam tempoh 1 hingga 3 hari.

2.Memproses baucar-baucar pembayaran am dan projek 3 hingga 5 hari jika semua dokumen teratur dan tiada kuiri dari Bendahari atau Perbendaharaan Malaysia.

3.Menyelaras lesen niaga, pembaharuan lesen niaga, pindah maklumat dalam tempoh 3 hingga 5 hari jika semua dokumen lengkap dan teratur mengikut Akta Lesen Niaga (Sabah Cap. 144)

4.Menyelaras permohonan lesen niaga seperti restoran, kedai makan, kedai kampung, bengkel, lesen arak dan sebagainya yang memerlukan komen dan kelulusan pihak Kuasa Tempatan dalam jangka masa yang tertentu mengikut Ordinan / Undang-undang Kecil Kuasa Tempatan.

5.Memberi perkhidmatan dan menerima sebarang aduan untuk dipertimbangkan mengikut prosedur kerajaan.

LATARBELAKANG

Pewujudan Pusat Pentadbiran Daerah Penampang

Cadangan untuk pewujudan Pusat Pentadbiran Daerah Penampang telah dibuat oleh Residen Pantai Barat, Mr A.G.C Irving pada Ogos 1925. Bangunan Pusat Pentadbiran Daerah Penampang telah dibina di Kasigui di tapak Pejabat JKR, Penampang terletak sekarang. Pusat Pentadbiran Daerah ini berpindah ke Bangunan Urusetia Daerah Penampang yang baru apabila status Daerah ini dinaik taraf sebagai Daerah penuh pada tahun 1971.

Pentadbiran Daerah Penampang adalah di bawah Pegawai Daerah Jesselton pada waktu itu. Seorang pegawai bergelar DADO (Deputy Assistant District Officer) ditempatkan di Penampang. Jawatan ini diganti dengan jawatan Penolong Pegawai Daerah sehingga tahun 1970. Status daerah dinaik taraf sebagai Daerah Penuh tahun 1971. Pegawai Daerah yang pertama ditukarkan ke Daerah Penampang ialah Encik Justine G. Mak.


ASAL-USUL NAMA PENAMPANG

Nama Daerah Penampang diambil dari nama salah sebuah kampung yang terawal diwujudkan bernama Kg. Penampang. Kampung ini mendapat nama dari perkataan Pampang yang bererti batu besar. Ini kerana pada zaman dahulu banyak batu besar terdapat di kawasan Kg. Dambai di tepi Sungai Moyog/Petagas dimana Kg. Penampang terletak sekarang. Lama-kelamaan sebutan Pampang bertukar menjadi Penampang. (Perlu diambil perhatian bahawa bangunan Gereja St. Michael Penampang dibina dengan menggunakan batu besar dari kawasan Kg. Penampang).


SENARAI NAMA-NAMA PEGAWAI YANG PERNAH BERKHIDMAT SEBAGAI PEGAWAI DAERAH PENAMPANG


NAMA TEMPOH PERKHIDMATAN
ENCIK JUSTINE G. MAK 1971 - 1972
ENCIK ROGER DUNSTAN 1973
ENCIK MOHD. FAUZI KOU 1974
ENCIK JOSEPH LANJUAT 1975
ENCIK YAHYA AHMAD SHAH 1976
ENCIK OSMUND A. YAPP 1976
ENCIK PATRICK MICHAEL(DATUK) 1977
ENCIK IGNATIUS J. BANTOI(DATUK) 1977 - 1979
ENCIK SIMON GONSILOU 1980 - 1982
ENCIK CLARENCE BONGKOS MALAKUN(DATUK) 1983 - 1984
ENCIK SIMON GONSILOU 1985
ENCIK EBIN SIBIN 1988 - 1989
ENCIK GEORGE W. LEONG 1990 - 1992
ENCIK NORBERT LEE 1992 - 1994
ENCIK JUMAHAD MIASSIN 1994 - 1996
ENCIK JAMES LOIJIN 1996 - 2002
ENCIK STEPHEN SONDOH (DATUK) 2002 - 2007
ENCIK WILLIAM SAMPIL (DATUK) 2007 - 2014
PUAN LUVITA KOISUN 2014 - 2018
ENCIK ROBERT STIDI 2018 - 2019
ENCIK HENRY IDOL 2019 sehingga sekarang



CARTA ORGANISASI

PERKHIDMATAN

BAHAGIAN PENTADBIRAN

- Pentadbiran Pejabat
- Keurusetiaan Mesyuarat/Perayaan
- Perkhidmatan Pengeluaran Lesen Niaga
- Lantikan/Personal
- Setem Hasil
- Kewangan

Mahkamah Majestrit Ex Officio Kelas II
- Menyaksikan tandatangan Akuan Sumpah
- Mengeluarkan Lunatic Warrant

BAHAGIAN PEMBANGUNAN

- Merancang
- Melaksana
- Memantau
- Menilai
(projek pembangunan)

- Pembasmian Kemiskinan (e-kasih)

- Program Kemasyarakatan

MEDIA

Galeri

Video

Penerbitan

Keratan Akhbar

MAKLUM BALAS

Lilian.Loijon@sabah.gov.my

088711053

088711003